Memaparkan catatan dengan label KURSUS DAN UJIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KURSUS DAN UJIAN. Papar semua catatan

Sabtu, 28 April 2018

KEM PEMANTAPAN KEMAHIRAN UNIT-UNIT BERUNIFORM BP EP.2

Sambungan kepada episod satu, kali ni kita teruskan lagi ke episod dua. Bermula dengan Kembara, masuk ke Selulun Duck Farm. Kemudian Kembara diteruskan ke Checkpoint Memasak untuk persiapan makan tengahari seterusnya menunaikan solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, peserta meneruskan Kembara untuk pulang ke BASE. Sesampai di BASE, peserta meneruskan aktiviti Masakan Rimba. Menjelang malam, peserta diberikan pendedahan mengenai Asas Pertolongan Cemas oleh penceramah yang dijemput khas dari PBSMM. Jom kita tinjau!

Demonstrasi bantu mula...Adehhh! Sakit pulak mata tengok!

KEM PEMANTAPAN KEMAHIRAN UNIT-UNIT BERUNIFORM BP EP.1

SK Seri Tanjong, Batu Pahat (27-28 April 2018)

Assalammualaikum dan salam pengakap!
Sekian lama bearscout81 sunyi memuat naik perkembangan, kali ini kami datang dengan suasana kem yang lain dari yang lain. Lebih menjurus kepada anjuran PPD dan menggunakan skim PKK sebagai induk untuk dikongsikan bersama unit-unit beruniform yang lain. Program ini dinamakan "Kem Pemantapan Kemahiran Unit-unit Beruniform Daerah Batu Pahat". Format program seumpama ini adalah rintis kepada program-program yang bakal dirancangkan dan dilaksanakan kelak bagi menghiasi serta mencorak minda anak-anak pengakap.
Program ini adalah idea dan perancangan dua buah sekolah iaitu SK Seri Bertam, Yong Peng dan SK Seri Tanjong, Parit Sulong. Dilaksanakan di SK Seri Tanjong, dibantu oleh SK Seri Bertam dan Helpers dari sekolah-sekolah berhampiran. Penglibatan bearscouts81 sebagai sekolah jemputan turut memeriahkan lagi kem tersebut. Pendedahan yang diberikan sewaktu kem berjalan adalah sangat dekat dengan peserta. Tahniah! Apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dan semuanya berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. Jom kita intai-intai apa yang ada di kem ini.

Selasa, 3 Oktober 2017

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1


Salam Pengakap,

Makluman kepada semua pemimpin yang ingin menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat 3.1 (PKK, PM, PR). Satu kursus lanjutan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 (PKK, PM dan PR) akan diadakan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor seperti ketetapan berikut:

Tarikh              : 12-14 Oktober 2017
Hari                 : Khamis - Sabtu
Tempat           : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Bayaran         : RM 100.00
Pendaftaran : 12 Oktober 2017 ( 2.00 petang )

Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh berhubung terus dengan Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Latihan); Kamazrul Zefrin bin Kaulan di talian 0167807756.

Kepada yang berminat, sila isikan borang pada link ini. (Borang KMK 3.1)

Sehubungan itu, tuan/puan boleh mendapatkan salinan surat PPD, JPN dan PPMNJ melalui link ini.

Selasa, 29 Ogos 2017

PROGRAM MOP COORDINATOR TRAINING


Assalammualaikum dan Salam Pengakap!

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPM dengan kerjasama Negeri KLKM dan UTHM akan menganjurkan Kursus Latihan Koordinator MOP Peringkat Kebangsaan. Penyertaan terbuka semua pemimpin dan ahli kelana kepada 50 orang sahaja. Penyertaan ini juga terbuka kepada semua ahli PPM Negeri Johor yang berdaftar. "First come first serve". Berikut adalah sedikit maklumat mengenai kursus :

Messenger of Peace Local Coordinators Training
Tarikh: 14-16 Sept 2017
Yuran: RM150/pax
Penyertaan: 50 orang sahaja.
Person in charge: Saudari Nur Fitri Yanti (013-9358971)

*Yuran termasuk makan minum, penginapan, sijil MOP, skaf koordinator MOP dan lencana MOP.
*Sebarang pertanyaan boleh berhubung pada no hp yang tertera.
*Jangan lepaskan peluang ini. Surat siaran kursus akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

PROGRAM LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA 2017


28 Ogos 2017, Batu Pahat - Telah berlangsung program pengakap remaja untuk lencana ekspedisi sejauh 40km. Pengakap remaja yang terlibat seramai 18 orang dan dibahagikan kepada dua petrol. Program dimulai dengan sesi taklimat ringkas dan membekal kit ekspedisi. Peserta ditaklimatkan tempat-tempat yang perlu dilawat dan mendapatkan cop serta tanda tangan setiap check point. Ekspedisi bermula dari SMK Munshi Sulaiman dan berhenti bermalam di SK Seri Padang Sari pada hari pertama. Kemudian meneruskan perjalanan ke SK Seri Tanjong yang mana merupakan penamat ekspedisi. Majlis penutupan yang ringkas dan sedikit jamuan ringan disediakan di SK Seri Tanjong. Peserta mula bersurai selepas jam 6.00 petang. Berikut merupakan perjalanan program yang berlangsung.

ROAD TO WOODBADGE 2017 - PERINGKAT 1 PKK/i-310


25 Ogos 2017, SMK Yong Peng - seramai 28 pemimpin pengakap telah berkumpul dan mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 anjuran PLNJ di sini. Peserta kursus melapor diri seawal 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Kemudian mendirikan khemah sebelum memulakan taklimat serta sesi kursus yang pertama. Kursus ini diketuai oleh En. Rahmad bin Abd. Rahman dan peserta dipecahkan kepada 4 petrol/sekawan. Hari pertama penuh dengan ceramah di dalam dewan tertutup. 

Ahad, 13 Ogos 2017

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN


Salam Pengakap!

12 Ogos 2017, SMK Taman Scientex - Satu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah berlangsung di SMK Taman Scientex di Pasir Gudang. Penyertaan melibatkan kebanyakkan daerah di negeri Johor. Dikhabarkan kursus ini akan menjadi sejarah penyertaan paling ramai iaitu lebih kurang 180 penyertaan. Pengetua dari SMK Taman Scientex sendiri turut menyertai kursus yang dijalankan.

   Dewan kursus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di dewan tertutup dan juga bilik muzik yang dilengkapi segala kemudahan. Kursus ini dirasmikan oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor sendiri iaitu En. Kama Azhar bin Ab Karim. Kursus berjalan lancar sehingga majlis penutupan yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Yaacob bin A Karim (Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor). Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Scientex, PPMNJ dan PLNJ di atas kursus yang dijalankan.

P/s: Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 akan dijalankan di SMK Yong Peng pada 24-26 Ogos 2017. Jumpa anda di sana!

Sabtu, 8 Julai 2017

PENYAMPAIAN SIJIL SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN KEPANDAIAN KRAFTANGAN (SKTS)


9 Julai 2017, SK Tenaga Setia - Penyampaian sijil Skim Lencana Keris Perak dan Kepandaian Kraftangan telah dilaksanakan dalam perhimpunan mingguan (Kokurikulum / uniform). Majlis penyampaian ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi semangat ahli PKK yang telah terlibat secara langsung mahupun yang tidak terlibat. Dengan program-program menarik yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin, dapatlah ahli PKK menimba ilmu dengan suasana gembira. Disamping itu, program skim lencana ini turut menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PKK untuk ke Southern International Scout Fiesta (SISF 2017) di Pontian.

Penyerahan sijil dilakukan oleh GPK 1 (En Afahmi) dan diiringi oleh GPK Kokurikulum (En Abd Malek). Program berjalan lancar dan turut dimeriahkan dengan tepukan dan sorakan pengakap.

SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA KEPANDAIAN KRAFTANGAN 2017


8 Julai 2017, SK Seri Bertam - PKK terus mengorak langkah untuk mara pada tahun ini dengan program seterusnya iaitu "SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA KEPANDAIAN KRAFTANGAN". Berbekalkan semangat mewarnai dunia PKK dengan aktiviti yang menyeronokkan disamping memantapkan ilmu pengakap kepada ahli PKK, maka SK Seri Bertam telah bersetuju melaksanakan program skim lencana keris ini. Tahniah kepada SK Seri Bertam kerana telah berjaya membuktikan bahawa Pemimpin dan ahli PKK mereka sangat hebat! Tahniah!

Sabtu, 22 April 2017

Program Kayuhan Muhibbah Lencana Basikal dan Keris Gangsa PKK Daerah Batu Pahat



22 April 2017 - Program Kayuhan Muhibbah Lencana Basikal dan Keris Gangsa PKK telah berjalan dengan jayanya di SK Seri Pasir Puteh, Zon Yong Peng Daerah Batu Pahat, Johor. Program PKK ini bertujuan melengkapkan ilmu berbasikal dikalangan pengakap kanak-kanak dan seterusnya menjalin ikatan persahabatan di antara semua pemimpin-pemimpin serta ahli PKK dalam daerah Batu Pahat.

Program Bermula seawal 8.00 pagi dan di jangka berakhir pada jam 12.30 tengahari. Penyertaan dari beberapa buah sekolah yang melibatkan 3 zon berbeza, menyaksikan penyertaan seramai 95 peserta mengambil bahagian. Program dibahagikan kepada beberapa buah stesyen dan peserta harus melengkapkan semua stesyen termasuklah stesyen berbasikal.

Jumaat, 27 Januari 2017

6 Sekawan 2017

Assalammualaikum, salam pengakap.

27 Januari 2017 - Kursus 6 sekawan peringkat sekolah yang melibatkan seramai 26 orang ahli pengakap kanak-kanak kumpulan 81 daerah Batu Pahat. Dalam kursus pengenalan ini, ahli diberi pendedahan serba sedikit mengenai pengakap kanak-kanak dan asas ilmu pengakap.