Ahad, 13 Ogos 2017

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN


Salam Pengakap!

12 Ogos 2017, SMK Taman Scientex - Satu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah berlangsung di SMK Taman Scientex di Pasir Gudang. Penyertaan melibatkan kebanyakkan daerah di negeri Johor. Dikhabarkan kursus ini akan menjadi sejarah penyertaan paling ramai iaitu lebih kurang 180 penyertaan. Pengetua dari SMK Taman Scientex sendiri turut menyertai kursus yang dijalankan.

   Dewan kursus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di dewan tertutup dan juga bilik muzik yang dilengkapi segala kemudahan. Kursus ini dirasmikan oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor sendiri iaitu En. Kama Azhar bin Ab Karim. Kursus berjalan lancar sehingga majlis penutupan yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Yaacob bin A Karim (Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor). Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Scientex, PPMNJ dan PLNJ di atas kursus yang dijalankan.

P/s: Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 akan dijalankan di SMK Yong Peng pada 24-26 Ogos 2017. Jumpa anda di sana!


Upacara Perasmian dan Simbolik Kursus Kepimpinan Manikayu



Upacara Perasmian Majlis Penutup oleh Tn Hj Yaacob bin A Karim

Haaa!!! Bergambar sikit dengan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang sempoi ni....

GO BEARSCOUTS81!!!