Sabtu, 22 April 2017

Program Kayuhan Muhibbah Lencana Basikal dan Keris Gangsa PKK Daerah Batu Pahat



22 April 2017 - Program Kayuhan Muhibbah Lencana Basikal dan Keris Gangsa PKK telah berjalan dengan jayanya di SK Seri Pasir Puteh, Zon Yong Peng Daerah Batu Pahat, Johor. Program PKK ini bertujuan melengkapkan ilmu berbasikal dikalangan pengakap kanak-kanak dan seterusnya menjalin ikatan persahabatan di antara semua pemimpin-pemimpin serta ahli PKK dalam daerah Batu Pahat.

Program Bermula seawal 8.00 pagi dan di jangka berakhir pada jam 12.30 tengahari. Penyertaan dari beberapa buah sekolah yang melibatkan 3 zon berbeza, menyaksikan penyertaan seramai 95 peserta mengambil bahagian. Program dibahagikan kepada beberapa buah stesyen dan peserta harus melengkapkan semua stesyen termasuklah stesyen berbasikal.



Di dalam program PKK kali ini, turut diselitkan juga pameran sebagai pendedahan kepada ahli PKK dalam memupuk minat berhobi. Lebih unik lagi, program kali ini mendedahkan kepada peserta program kepada Radio Amatur. Radio Amatur ini dikendalikan oleh saudara Kharul Anam Tumian (9W2ANV) dan dibantu beberapa pemimpin yang lain bagi melatih peserta menggunakan Radio Amatur ini untuk berhubung. Pendedahan awal ini mempunyai objektif yang jelas di mana PKK Batu Pahat dalam proses menuju kepada penglibatan dalam jambori di udara (JOTA- Jamboree On The Air).

Peserta bergerak ke dalam kumpulan masing-masing dan menerima arahan seterusnya

Pemeriksaan keselamatan basikal

Pameran pendedahan awal kepada peserta

Pengendalian Radio Amatur berhubung dengan konvoi berbasikal "Kayuhan Muhibbah"

Stesen Ikhtiar Hidup - "Masak lah kau kentang"


Stesen Persetiaan dan Laung Agung

Stesen Kawad Kaki Statik

Stesen Ikatan - Mempelajari ikatan buku sila dan teknik memanjat tali.

Gayut jangan tak gayut....


"Lepas ni makan kentang bakar la kita"

Stesen Selingan - Permainan Tradisional

Stesen Permainan Tradisional - Batu Seremban

Stesen Permainan Tradisional - Sumpit

Barisan Pemimpin-pemimpin yang menjayakan program.
Perjalanan program berjalan dengan jayanya dan peserta mula berkumpul untuk majlis penutupan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat iaitu En. Rahmad bin Abd Rahman pada jam 12.30 tengahari.