Sabtu, 8 Julai 2017

SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA KEPANDAIAN KRAFTANGAN 2017


8 Julai 2017, SK Seri Bertam - PKK terus mengorak langkah untuk mara pada tahun ini dengan program seterusnya iaitu "SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA KEPANDAIAN KRAFTANGAN". Berbekalkan semangat mewarnai dunia PKK dengan aktiviti yang menyeronokkan disamping memantapkan ilmu pengakap kepada ahli PKK, maka SK Seri Bertam telah bersetuju melaksanakan program skim lencana keris ini. Tahniah kepada SK Seri Bertam kerana telah berjaya membuktikan bahawa Pemimpin dan ahli PKK mereka sangat hebat! Tahniah!



Taklimat dan pembahagian sekawan oleh Tuan Asnadi (SK Seri Bertam)

     Program bermula dengan pendaftaran iaitu seramai 64 peserta daripada 3 zon (Yong Peng, Pt. Sulong dan Bandar), kemudian ahli PKK diberi taklimat mengenai perjalanan program dan sistem 'SEKAWAN'. Ahli PKK diberikan kad aktiviti berserta kumpulan sekawan semasa taklimat diberikan. Seterusnya Ahli PKK bergerak membentuk sekawan dan melantik ketua sekawan serta penolong. Sementara taklimat diberikan kepada Ahli PKK, semua pemimpin telah bersiap sedia di 'base' masing-masing mengikut tugas yang telah diberikan. Sistem base digunakan dalam melaksanakan program ini. Terdapat 10 base yang tersedia dan semua pemimpin/pengiring terlibat secara langsung di setiap base yang disediakan.

     Selesai menerima taklimat, Ahli PKK dikejutkan dengan kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Yong Peng. Kehadiran 'abang bomba' menarik minat anak-anak PKK sekaligus menyemarakkan lagi semangat anak-anak PKK. Bomba dan Penyelamat mengambil aktiviti yang pertama dengan demonstrasi kebakaran.

Aktiviti Pembukaan : Taklimat keselamatan dan memadamkan kebakaran (Balai Bomba Yong Peng)








     Kemudian diikuti dengan pembukaan 9 base lain dan pergerakan anak-anak PKK mengikut sekawan. Keadaan dan suasana sangat teratur dan tersusun. Hanya kedengaran sayup-sayup bunyi tiupan wisel menghiasi suasana program.

Stesen 2: Kraftangan (Puan Hadzlina / Tuan Iskan)

Stesen 1: Kraftangan (Tuan Sahran / Puan Awalin)

Stesen 9: Kecekapan -Bendera- (Tuan Nizam)

Stesen 4: Persetiaan (Tuan Syahidan)

Stesen 1: Kraftangan (Puan Awalin / Tuan Sahran)

Stesen 8: Kecekapan (Tuan Aizat)

Stesen 3: Kesihatan (Tuan Anam)

Stesen 6: Perkhidmatan -isyarat wisel- (Tuan Harizun)

Stesen 5: Penyertaan -MOP- (Tuan Aizat / Tuan Nasrul)

Stesen 7 : Kawad Kaki (Tuan Arief / Tuan Zamri)

"Haaa....ni lah bendanya yang memecah kesunyian tatkala program berlangsung," kata Tuan Harizun

     Banyak ilmu kepengakapan yang anak-anak PKK bawa balik. Dan bonus, mereka sudah menjadi ahli MOP yang berdaftar. Anda bila lagi?