Selepas penerangan daripada Pemimpin, pengakap bergerak membuat amali "Laung Agung" dan "Istiadat Mengibar Bendera". Kemudian pengakap didedahkan dengan kawad statik/asas. Aktiviti diteruskan pula dengan kemahiran "simpulan dan ikatan". Ahli pengakap diajar dengan 4 simpulan / ikatan asas seperti "Buku Sila", "Bunga Geti", "Manok" dan "Tindih Kasih."
Pengakap juga mengambil peluang melengkapkan ujian Lencana Keahlian Pengakap sewaktu kursus berjalan. Kursus ini, disudahi dengan "Laung Agung" dan sesi bergambar sebelum pengakap bersurai.
" Buat Sehabis Baik"