Selasa, 29 Ogos 2017

ROAD TO WOODBADGE 2017 - PERINGKAT 1 PKK/i-310


25 Ogos 2017, SMK Yong Peng - seramai 28 pemimpin pengakap telah berkumpul dan mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 anjuran PLNJ di sini. Peserta kursus melapor diri seawal 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Kemudian mendirikan khemah sebelum memulakan taklimat serta sesi kursus yang pertama. Kursus ini diketuai oleh En. Rahmad bin Abd. Rahman dan peserta dipecahkan kepada 4 petrol/sekawan. Hari pertama penuh dengan ceramah di dalam dewan tertutup. 



Hari kedua bermula aktiviti luar dan praktikal istiadat mengibar bendera serta laung agung. Sesi ini memerlukan perhatian yang khusus kerana terdapat beberapa versi yang berbeza. Penerangan dari jurulatih amat membantu kerana sewaktu praktikal inilah perjalanan istiadat dilaksanakan mengikut format yang betul serta diterangkan dengan lebih terperinci.








Selepas solat Jumaat, sistem berpetrol diterapkan kepada pemimpin dalam mengendalikan sesuatu aktiviti untuk pengkap kanak-kanak. Aktiviti dilaksanakan mengikut "base system" dan pergerakan diaplikasi dengan sistem petrol/sekawan. Sesi praktikal ini menumpukan kepada keberkesanan sistem pengurusan serta pergerakan pengakap dalam sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.










Disebelah malam pula, taklimat pengurusan dan perancangan aktiviti sepanjang tahun dilaksanakan. Penyusunan aktiviti dan penglibatan pengakap kanak-kanak menjadi matlamat bagi mencapai impak semaksima mungkin. Sebelum pulang ke khemah untuk berehat, malam kebudayaan menghiasi program kepimpinan ini. Perkongsian cara mengurus malam kebudayaan dan aktiviti nyanyian turut menjadi tumpuan peserta. 

Majlis penutupan dilakukan pada hari terakhir jam 1.35 tengahari. Majlis ini dihadiri oleh Pesuruhjaya Negeri Johor iaitu Tn Hj Yaacob bin A. Karim sekaligus menyempurnakan majlis penutupan. Majlis pengkalungan manikayu juga dilaksanakan sebelum berakhir majlis penutupan kursus. Tahniah kepada semua peserta kursus dan pemimpin-pemimpin yang menerima manikayu. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Salam Pengakap!










 





P/s: Terima Kasih kepada rakan-rakan dari mersing dan semua daerah yang telah berkongsi gambar. Terima Kasih juga kepada tuan rumah (saudara Norhisam Tukiran) di atas sumbangan gambar sepanjang program - Bearscouts81