Sabtu, 28 April 2018

KEM PEMANTAPAN KEMAHIRAN UNIT-UNIT BERUNIFORM BP EP.1

SK Seri Tanjong, Batu Pahat (27-28 April 2018)

Assalammualaikum dan salam pengakap!
Sekian lama bearscout81 sunyi memuat naik perkembangan, kali ini kami datang dengan suasana kem yang lain dari yang lain. Lebih menjurus kepada anjuran PPD dan menggunakan skim PKK sebagai induk untuk dikongsikan bersama unit-unit beruniform yang lain. Program ini dinamakan "Kem Pemantapan Kemahiran Unit-unit Beruniform Daerah Batu Pahat". Format program seumpama ini adalah rintis kepada program-program yang bakal dirancangkan dan dilaksanakan kelak bagi menghiasi serta mencorak minda anak-anak pengakap.
Program ini adalah idea dan perancangan dua buah sekolah iaitu SK Seri Bertam, Yong Peng dan SK Seri Tanjong, Parit Sulong. Dilaksanakan di SK Seri Tanjong, dibantu oleh SK Seri Bertam dan Helpers dari sekolah-sekolah berhampiran. Penglibatan bearscouts81 sebagai sekolah jemputan turut memeriahkan lagi kem tersebut. Pendedahan yang diberikan sewaktu kem berjalan adalah sangat dekat dengan peserta. Tahniah! Apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dan semuanya berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. Jom kita intai-intai apa yang ada di kem ini.

Buluh pintu gerbang

Mendirikan pintu gerbang

Pintu gerbang siap

Menaikkan banner program

Hati-hati tuan-tuan...

Baju program


Cadangan laluan kembara

Cadangan laluan kembara

Bahan slot Pertolongan Cemas


Draft sijil penyertaan (Anjuran PPD)

Berikut pula adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sewaktu kem. Jom kita intai apa mereka buat!

Taklimat sebelum mula mengembara

Kembara bermula (Dibantu Helpers)

Bergerak dalam sekawan masing-masing

Bearscouts81 memulakan langkah

Penat berjalan, kasik minum dulu...

Sampai di checkpoint

Selulun Duck Farm

Anak Bearscouts81 bersama itik

Bergambar bersama pengusaha

Disiplin melapor di setiap checkpoint

Persiapan untuk memasak makan tengahari

Diantara Helpers yang membantu

Anak Bearscouts81 sedang menyiapkan bahan masakan


Masak apa tu?


Peserta masak sendiri merupakan satu kepuasan kepada mereka

Jom makan!!!!!

Amboi, jauh sangat tu duduknya

Mak Cik Bawang sedang memotong bawang

Peserta menghidupkan api pada waktu petang untuk Aktiviti Masakan Rimba

Bakar roti ramai-ramai

Muka puas..Hahaha

Sabar menunggu untuk makan

Makan Yok!

Kami pun berjaya juga

Terima kasih Cikgu Asik kerana banyak membantu


Muka Pemimpin yang puas

Pemimpin turut tumpang sekaki bakar roti

Kita sambung lagi di episod seterusnya......

Bearscouts81 Boleh!