Sabtu, 8 Julai 2017

PENYAMPAIAN SIJIL SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN KEPANDAIAN KRAFTANGAN (SKTS)


9 Julai 2017, SK Tenaga Setia - Penyampaian sijil Skim Lencana Keris Perak dan Kepandaian Kraftangan telah dilaksanakan dalam perhimpunan mingguan (Kokurikulum / uniform). Majlis penyampaian ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi semangat ahli PKK yang telah terlibat secara langsung mahupun yang tidak terlibat. Dengan program-program menarik yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin, dapatlah ahli PKK menimba ilmu dengan suasana gembira. Disamping itu, program skim lencana ini turut menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PKK untuk ke Southern International Scout Fiesta (SISF 2017) di Pontian.

Penyerahan sijil dilakukan oleh GPK 1 (En Afahmi) dan diiringi oleh GPK Kokurikulum (En Abd Malek). Program berjalan lancar dan turut dimeriahkan dengan tepukan dan sorakan pengakap.








Tahniah kepada penerima sijil!!!
Teruskan kemaraan hingga tersarung rambu PKK di bahu!!!
Kita jumpa lagi di SISF 2017 dan Skim Lencana Keris Emas!!!!