Sambungan kepada episod satu, kali ni kita teruskan lagi ke episod dua. Bermula dengan Kembara, masuk ke Selulun Duck Farm. Kemudian Kembara diteruskan ke Checkpoint Memasak untuk persiapan makan tengahari seterusnya menunaikan solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, peserta meneruskan Kembara untuk pulang ke BASE. Sesampai di BASE, peserta meneruskan aktiviti Masakan Rimba. Menjelang malam, peserta diberikan pendedahan mengenai Asas Pertolongan Cemas oleh penceramah yang dijemput khas dari PBSMM. Jom kita tinjau!
|
Demonstrasi bantu mula...Adehhh! Sakit pulak mata tengok! |
|
Ikat anduh |
|
Eeeeiiii~ macam real pulak |
|
Bimbingan Pegawai PBSMM |
|
Ni luka parah ni, kenapa senyum pulak? |
|
Bantuan Pernafasan CPR |
|
Belajar baik-baik ye...Nanti boleh sambung Pengakap Raja |
|
Teknik memindahkan mangsa |
Selesai slot Pertolongan Cemas, peserta bersiap untuk tidur dan menanti aktiviti keesokan harinya. Tak sabar rasanya untuk bersukan esok! Aktiviti Sabtu pagi dimulakan dengan aktiviti Olahraga dan juga Sukan Permainan. Peserta sangat teruja dan memberikan saingan yang hebat diantara sekawan. Jom! Jom! Tengok moment mereka...
|
Senaman pagi~ |
|
Muka orang kuat bersenam sampai kancing gigi...kihkihkih |
|
Acara olahraga bermula |
|
Woiiii~ tungguuu!!! |
|
Ke garisan, sedia, mulaaaaaaaa~ |
|
Dah macam sukan MSSD pulak rasanya... |
Selesai sukan, peserta bersiap dan terus ke Majlis Perasmian Penutupan. InshaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa. Last, untuk tatapan semua masa Majlis Penutupan.
|
Tahniah Haziq Nizamasri (Penolong Sekawan Terbaik) |
|
Sijil penyertaan Bearscouts81 |
|
Akhirnya Sempurna~ |
Tahniah anak Bearscouts81 atas pencapaian anda!!!
Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang!!!
Bearscouts81 Boleh!!!!