Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI BEARSCOUTS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI BEARSCOUTS. Papar semua catatan

Sabtu, 28 April 2018

KEM PEMANTAPAN KEMAHIRAN UNIT-UNIT BERUNIFORM BP EP.2

Sambungan kepada episod satu, kali ni kita teruskan lagi ke episod dua. Bermula dengan Kembara, masuk ke Selulun Duck Farm. Kemudian Kembara diteruskan ke Checkpoint Memasak untuk persiapan makan tengahari seterusnya menunaikan solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, peserta meneruskan Kembara untuk pulang ke BASE. Sesampai di BASE, peserta meneruskan aktiviti Masakan Rimba. Menjelang malam, peserta diberikan pendedahan mengenai Asas Pertolongan Cemas oleh penceramah yang dijemput khas dari PBSMM. Jom kita tinjau!

Demonstrasi bantu mula...Adehhh! Sakit pulak mata tengok!

KEM PEMANTAPAN KEMAHIRAN UNIT-UNIT BERUNIFORM BP EP.1

SK Seri Tanjong, Batu Pahat (27-28 April 2018)

Assalammualaikum dan salam pengakap!
Sekian lama bearscout81 sunyi memuat naik perkembangan, kali ini kami datang dengan suasana kem yang lain dari yang lain. Lebih menjurus kepada anjuran PPD dan menggunakan skim PKK sebagai induk untuk dikongsikan bersama unit-unit beruniform yang lain. Program ini dinamakan "Kem Pemantapan Kemahiran Unit-unit Beruniform Daerah Batu Pahat". Format program seumpama ini adalah rintis kepada program-program yang bakal dirancangkan dan dilaksanakan kelak bagi menghiasi serta mencorak minda anak-anak pengakap.
Program ini adalah idea dan perancangan dua buah sekolah iaitu SK Seri Bertam, Yong Peng dan SK Seri Tanjong, Parit Sulong. Dilaksanakan di SK Seri Tanjong, dibantu oleh SK Seri Bertam dan Helpers dari sekolah-sekolah berhampiran. Penglibatan bearscouts81 sebagai sekolah jemputan turut memeriahkan lagi kem tersebut. Pendedahan yang diberikan sewaktu kem berjalan adalah sangat dekat dengan peserta. Tahniah! Apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dan semuanya berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. Jom kita intai-intai apa yang ada di kem ini.

Sabtu, 3 Februari 2018

VIDEO KENANGAN BEARSCOUTS81 SEWAKTU DI PROGRAM LENCANA KERIS EMAS 2017

Majlis menyambut ulangtahun kelahiran (CSC) Tn Hj Yaacob bin A.Karim

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS EMAS DAN MAJLIS RAMBU PKK 2017

9-11 November, Ts Fishvage Agro Camp, Yong Peng - Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Batu Pahat telah menjalankan Perkhemahan Lencana Keris Emas dan Majlis Rambu PKK 2017 dengan jayanya. Perkhemahan yang melibatkan pengakap kanak-kanak daerah yang memiliki lencana keris emas ini dihiasi dengan warna warni gelagat serta kerenah anak-anak PKK. 

               Selama 3 hari program berlansung, keadaan kelihatan amat tersusun dan lancar. Setiap masa anak-anak PKK ini dikejutkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancangkan. Setiap aktiviti menguji anak-anak PKK dari pelbagai aspek termasuk disiplin diri, pergaulan, kepimpinan, tawakal, menghormati serta bekerjasama. Mereka menjayakan setiap aktiviti dengan begitu cemerlang walaupun adakalanya muka mereka kelihatan pucat. Majlis Rambu juga turut menghiasi perkhemahan. Anak-anak PKK yang layak telah dianugerahkan Rambu PKK sebagai tanda mereka menguasai ilmu berpengakap dan dapat melengkapi kriteria-kriteria seorang pengakap kanak-kanak dengan baik.

          Kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (CSC) Tn Hj Yaacob bin A.Karim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat (DC) En. Rahmad bin Hj Abd Rahman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (ASC) En. Asik, Pn. Habibah serta En. Noh memeriahkan lagi suasana. Sebagai kejutan buat Tuan CSC kita, satu sambutan hari lahir diadakan sebagai menyambut kelahiran Tuan Hj Yaacob bin A.Karim. Terima Kasih kepada semua sahabat pemimpin, kelana, helpers dan semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program. Semoga pengakap Batu Pahat akan lebih giat lagi bergerak di masa akan datang. "Bila harimau tidur dikejutkan....." 

Aktiviti yang sempat dirakamkan...

Isnin, 30 Oktober 2017

MoP BATU PAHAT DI JOTABOREE MUAR

20-22 OKTOBER 2017, SK SUNGAI ABONG, MUAR - Jota Joti peringkat antarabangsa telah berlangsung dengan nama JOTABOREE yang dikelolakan oleh Pengakap Daerah Muar. Pasukan bergerak MoP Batu Pahat turut menyertai perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu dan berkesempatan menyampaikan mesej keamanan serta mendaftarkan peserta ke laman web www.scout.org. Perkhemahan yang bertemakan Jamboree On The Air (Radio Amatur) dan Jamboree On The Internet (Internet) merupakan acara tahunan pengakap berhubung di seluruh dunia. Pengakap akan bermalam dan cuba menghubungi seberapa banyak stesen yang mampu dan ada kalanya mereka mampu menghubungi satelit. Pengalaman ini sangat sukar didapati dalam mana-mana badan beruniform lain dan pastinya memang sukar untuk dilupakan. MoP Batu Pahat juga mengambil bahagian dalam JOTI dan memastikan semua peserta mampu mengakses internet lalu melaporkan di scout.org dengan betul. Berikut merupakan kenangan MoP Batu Pahat di Jotaboree Muar 2017


KURSUS MANIKAYU 3.1 (12-14 OCT 2017)

12-14 Oktober, Tanjung Laboh, Batu Pahat - Pemimpin PKK 81 (SK Tenaga Setia, Batu Pahat) telah menghadiri Kursus Manikayu 3.1 yang turut disertai oleh pemimpin-pemimpin seluruh Negeri Johor. Kursus selama 3 hari ini, memberikan impak yang luar biasa dan sangat mendalam. Ilmu yang disalurkan sangat membantu dalam membentuk anak-anak pengakap yang berwibawa dalam pengakap. Di bawah merupakan serba sedikit kenangan yang telah tercipta sewaktu mengikuti kursus tersebut.


Selasa, 19 September 2017

Kayuhan Keamanan dan Penutupan Bulan Kemerdekaan


20 SEPTEMBER 2017, SK Tenaga Setia - Kayuhan Keamanan Merdeka ( KKM ) ini adalah bagi menyambut hari keamanan antarabangsa pada 21 September 2017 dan penutupan sambutan kemerdekaan Malaysia. Objektif KKM adalah membentuk sikap bersatu padu serta memupuk keharmonian dikalangan murid dengan rakan sebaya, guru dan masyarakat setempat. Berkayuh sambil bermesra dengan masyarakat setempat disamping mengenali pemimpin di setiap kampung yang dilalui sangat memberi kesan positif kepada peserta. Program ini melibatkan 60 orang peserta yang mana terdiri daripada murid, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, pemimpin dan masyarakat setempat. Keindahan kawasan kampung dan masyarakat yang mesra menonjolkan keamanan dan keharmonian Malaysia yang mereka kecapi sekarang. Program disudahi dengan majlis penutup di dewan tertutup.

P/s: Lepas ni dah layak dapat lencana basikal ler....

Sabtu, 16 September 2017

Messenger of Peace Local Coordinators Training


14-16 SEPTEMBER 2017, UTHM - Satu kursus latihan koordinator MoP telah dianjurkan di UTHM, Batu Pahat. Kursus kali ini telah mencipta sejarah baru dengan terlaksananya 2 kursus serentak iaitu MOP dan SWA. Penyertaan dari seluruh pelusuk negara membuatkan program kali ini begitu menarik. Kursus yang berjalan selama 3 hari ini merangkumkan pendedahan kepada matlamat MoP serta pengurusannya. Dengan kehadiran Jurulatih-jurulatih yang berwibawa, peserta kursus mendapat maklumat semaksimum mungkin. Perkongsian yang dilakukan membuatkan semua peserta dapat menyelami program dengan baik tanpa mengira usia, pangkat dan gelaran. 

Dengan ilmu yang telah dicurahkan, diharap daerah Batu Pahat mampu bergerak seiring dengan matlamat MoP Malaysia hendaknya. Dengan sasaran 3,000 keahlian dan 300,000 jam berkhidmat (servis hour) sepanjang tahun 2017/2018 dapat dicapai oleh PPM Batu Pahat. Seterusnya diikuti oleh daerah-daerah lain di Johor agar dapat mengembalikan kegemilangan MoP di Johor itu sendiri. Terima kasih dari kami di bearscouts81 dan peserta kursus di Batu Pahat khususnya kepada semua Jurulatih yang telah membimbing kami. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang. 

-bearscouts81

Selasa, 5 September 2017

Aktiviti Perjumpaan Kokurikulum Pengakap Mingguan



6 SEPTEMBER 2017, SK Tenaga Setia - Pada perjumpaan kali ini, ahli PKK melakukan aktiviti memanjat tali. Bermula dengan laung agung dan kemudian sedikit taklimat daripada Pemimpin Kumpulan sebelum ke teknik memanjat tali. Penerangan diberikan secara teori  dan praktikal (demo). Kemudian,  semua ahli PKK mencuba dengan bimbingan dan dipantau oleh pemimpin-pemimpin. Faktor keselamatan perlu dipandang tegas dalam melaksanakan aktiviti seperti ini. Sekian coretan aktiviti bearscouts81 hari ini. berjumpa di aktiviti yang lain.

Ahad, 13 Ogos 2017

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN


Salam Pengakap!

12 Ogos 2017, SMK Taman Scientex - Satu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah berlangsung di SMK Taman Scientex di Pasir Gudang. Penyertaan melibatkan kebanyakkan daerah di negeri Johor. Dikhabarkan kursus ini akan menjadi sejarah penyertaan paling ramai iaitu lebih kurang 180 penyertaan. Pengetua dari SMK Taman Scientex sendiri turut menyertai kursus yang dijalankan.

   Dewan kursus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di dewan tertutup dan juga bilik muzik yang dilengkapi segala kemudahan. Kursus ini dirasmikan oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor sendiri iaitu En. Kama Azhar bin Ab Karim. Kursus berjalan lancar sehingga majlis penutupan yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Yaacob bin A Karim (Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor). Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Scientex, PPMNJ dan PLNJ di atas kursus yang dijalankan.

P/s: Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 akan dijalankan di SMK Yong Peng pada 24-26 Ogos 2017. Jumpa anda di sana!

Isnin, 31 Julai 2017

HAPPY SCOUTING !!! SCOUT SCARF DAY

Salam Pengakap! hari ini kita menyambut hari skarf pengakap sedunia. Jom memeriahkan Scout Scarf Day! Kami di bearscouts81 turut menyambut baik hari skarf ini. Di Batu Pahat, kebanyakkan ahli pengakap memakai skarf bagi menzahirkan pergerakan pengakap di Batu Pahat. Di sini di lampirkan beberapa gambar yang sempat dikongsikan. Jom!

Bearscouts81 Batu Pahat

Sabtu, 22 Julai 2017

SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017

22 Julai 2017, Pontian - Pergerakan ahli pengakap ke SISF 2017 dimulakan dengan melapor bilangan ahli dan nyanyian lagu wajib. Pembahagian kumpulan dibuat dan diketuai oleh fasilitator (Pengakap SMK Munshi Sulaiman) bagi melancarkan perjalanan ahli pengakap serta memastikan keselamatan ahli pengakap. Radio amatur digunakan oleh semua pemimpin dan fasilitator untuk memudahkan hudungan dan tindakan susulan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Taklimat akhir diberikan dan kemudia semua ahli pengakap bergerak ke SMK Dato Penggawa Barat dalam kumpulan masing-masing. 


ROAD TO SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017

21 Julai 2017, Pontian - Southern International Scout Fiesta 2017 telah berjaya menerima hampir 5000 penyertaan yang melibatkan beberapa negara luar termasuklah Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan juga Sri Lanka. Sebahagian besar peserta adalah dari Negeri Johor dan beberapa negeri lain di Malaysia. Pengakap PKK81 (Bearscouts81) dari Batu Pahat turut terlibat menyertai program yang julung kali diadakan ini. Penyertaan Bearscout81 seramai 5 ahli PKK dan seorang pemimpin telah bersama memeriahkan lagi temasya. 

Perjalanan dirangka dan Bearscouts81 bersama beberapa pek pengakap PKK lain telah membuat keputusan bermalam disana sehari sebelum bermulanya program. Kumpulan ini menyertai ahli pengakap dari Pek Mowglers88, Pek SK Seri Bertam, Pek SK Seri Pasir Puteh dan Troop SMK Munshi Sulaiman. Pengisian diselitkan dalam menghidupkan suasana kumpulan pengakap. Dengan menyewa sebuah homestay yang berkapasiti 50 penghuni, kumpulan besar ini berkumpul dan menyemak kehadiran peserta dan pemimpin. Bendera Pengakap dikibarkan menandakan kehadiran kami.

Rabu, 19 Julai 2017

BAKAL BILIK GERAKAN PENGAKAP BEARSCOUT81

Permohonan Unit Pengakap Kanak-kanak 81 SKTS untuk mengambil alih bekas bilik P.A System tapak perhimpunan lama telah diluluskan oleh Pentadbiran SK Tenaga Setia. Seterusnya, proses melawat bilik berkenaan dan merangka pengisian ilmu dan bahan pengakap yang bersesuaian akan dibuat. Segala proses mengubah akan dilaksanakan selepas daripada Program Southern International Scout Fiesta di Pontian. Walaupun bilik ini tidak sebesar mana, tetapi akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli PKK 81.
Semoga semangat ini tidak pudar!! Ayuh, gerakkan PKK !!!

Keadaan bilik yang bakal digunakan oleh PKK81 Bearscouts...