Selasa, 29 Ogos 2017

PROGRAM LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA 2017


28 Ogos 2017, Batu Pahat - Telah berlangsung program pengakap remaja untuk lencana ekspedisi sejauh 40km. Pengakap remaja yang terlibat seramai 18 orang dan dibahagikan kepada dua petrol. Program dimulai dengan sesi taklimat ringkas dan membekal kit ekspedisi. Peserta ditaklimatkan tempat-tempat yang perlu dilawat dan mendapatkan cop serta tanda tangan setiap check point. Ekspedisi bermula dari SMK Munshi Sulaiman dan berhenti bermalam di SK Seri Padang Sari pada hari pertama. Kemudian meneruskan perjalanan ke SK Seri Tanjong yang mana merupakan penamat ekspedisi. Majlis penutupan yang ringkas dan sedikit jamuan ringan disediakan di SK Seri Tanjong. Peserta mula bersurai selepas jam 6.00 petang. Berikut merupakan perjalanan program yang berlangsung.


Kit yang dibekalkan kepada peserta.

Taklimat awal sebelum mula ekspedisi

Berhenti di checkpoint. Melawat sekolah pesuruhjaya pengakap daerah Batu Pahat En. Rahmad bin Abd Rahman.

Berhenti. Melawat Wisma Pengakap Batu Pahat untuk merancang program seterusnya di wisma ini nanti.

Hentian untuk bermalam. SK Seri Padang Sari (En. Abu Khan - ASC PR)

Taklimat ringkas dan ucapan tahniah. Di bekalkan dengan tugasan pioneering. 

Tugasan pioneering bermula

Perbincangan bersama Tn Abu Khan

Pioneering di malam hari.

Kerjasama. Semoga Berjaya!

Perjalanan seterusnya.

Laluan terakhir sebelum sampai ke checkpoint penamat.

Checkpoint akhir, disambut oleh Tn Khairul Anam Tumian - ADC Program PPMBP

Berkawad tongkat

Mendengar taklimat dan tahniah dari ADC Program

Melapor untuk meneruskan kerja-kerja lain

Jamuan penutup di SK Seri Tanjong

Sambutan hari lahir peserta ekspedisi. Kek aiskrim tuuuu..........

Belanja sikit.....

Bearscouts81