Sabtu, 22 Julai 2017

ROAD TO SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017

21 Julai 2017, Pontian - Southern International Scout Fiesta 2017 telah berjaya menerima hampir 5000 penyertaan yang melibatkan beberapa negara luar termasuklah Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan juga Sri Lanka. Sebahagian besar peserta adalah dari Negeri Johor dan beberapa negeri lain di Malaysia. Pengakap PKK81 (Bearscouts81) dari Batu Pahat turut terlibat menyertai program yang julung kali diadakan ini. Penyertaan Bearscout81 seramai 5 ahli PKK dan seorang pemimpin telah bersama memeriahkan lagi temasya. 

Perjalanan dirangka dan Bearscouts81 bersama beberapa pek pengakap PKK lain telah membuat keputusan bermalam disana sehari sebelum bermulanya program. Kumpulan ini menyertai ahli pengakap dari Pek Mowglers88, Pek SK Seri Bertam, Pek SK Seri Pasir Puteh dan Troop SMK Munshi Sulaiman. Pengisian diselitkan dalam menghidupkan suasana kumpulan pengakap. Dengan menyewa sebuah homestay yang berkapasiti 50 penghuni, kumpulan besar ini berkumpul dan menyemak kehadiran peserta dan pemimpin. Bendera Pengakap dikibarkan menandakan kehadiran kami.

Setelah menyemak kehadiran kumpulan, peserta pengakap terus menunaikan solat asar. Sepanjang perancangan kumpulan ini, bahagian kerohanian diterapkan disamping ilmu-ilmu pengakap. Ini bertepatan dengan matlamat kami melahirakan modal insan dari kalangan pengakap yang berkepimpinan tinggi. Selepas menunaikan solat, ahli pengakap beristirehat sambil menyiapkan diri untuk program Sambutan Hari Raya dan BBQ yang dikelolakan oleh Pengakap dari SMK Munshi Sulaiman. Semua ahli pengakap menjamu selera dengan juadah yang disediakan dengan gembira. 
Selesai menjamu selera, kit SISF diserahkan dan taklimat diberikan. Persiapan ke program sebenar disusun dan diatur dengan baik. Pengisian juga dilakukan dengan taklimat ringkas mengenai program SISF. Selain itu, ahli pengakap diajarkan simpulan persahabatan (friendship knot) untuk kegunaan pada skarf SISF. Diselitkan juga beberapa aktiviti nyanyian dan persembahan. Tepat jam 12.00 malam, semua ahli pengakap masuk ke bilik masing-masing dan berehat menanti program SISF keesokkannya.













Bearscouts81 boleh!!!