Sabtu, 22 Julai 2017

SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017

22 Julai 2017, Pontian - Pergerakan ahli pengakap ke SISF 2017 dimulakan dengan melapor bilangan ahli dan nyanyian lagu wajib. Pembahagian kumpulan dibuat dan diketuai oleh fasilitator (Pengakap SMK Munshi Sulaiman) bagi melancarkan perjalanan ahli pengakap serta memastikan keselamatan ahli pengakap. Radio amatur digunakan oleh semua pemimpin dan fasilitator untuk memudahkan hudungan dan tindakan susulan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Taklimat akhir diberikan dan kemudia semua ahli pengakap bergerak ke SMK Dato Penggawa Barat dalam kumpulan masing-masing. 





Selesai mendaftarkan diri di urusetia program, kesemua ahli pengakap bergerak ke stesen-stesen yang disediakan bagi melengkapkan buku aktiviti. Pergerakan semua kumpulan dipantau oleh pemimpin dan juga dibantu oleh pusat kawalan (stesen radio amatur) yang diuruskan oleh Tuan Anam Tumian (SK Seri Tanjong) bersama rakan karib JASRA Batu Pahat. Tuan Asnadi (SK Bertam) pula menguruskan ahli pengakap yang menyertai pertandingan mewakili Daerah Batu Pahat. Dibawah adalah gambar beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan.

Mencanting Batik

Origami

Swap/trade lencana

Swap/trade lencana

Swap/trade lencana

Pengakap Udara Simulasi penerbangan kapal terbang

Pameran Pengakap Laut

Koleksi Pengakap (Skarf)

Lembaga Nenas

Bomba dan Penyelamat

Bomba dan Penyelamat

Permainan

Doodles



 Majlis perasmian penutupan bermula jam 3.00 petang. Peserta dan jemputan VIP dihiburkan dengan persembahan pengakap. Kemudian diteruskan dengan Majlis Pingat JDT. Program tamat lebih kurang jam 4.10 petang dan semua ahli pengakap bergerak balik ke kawasan masing-masing. Taniah kepada kontinjen Pontian dan SMK Dato Penggawa Barat yang menguruskan program besar SISF 2017 ini. Tahniah juga kepada Kontinjen Batu Pahat yang mengungguli pertandingan yang telah dianjurkan. Syabas semua!!! Semoga Bearscouts81 akan terus aktif dalam pergerakan pengakap pada masa akan datang!!! 


Tahniah Bearscout81 dan Kontinjen Batu Pahat!!!