SK Sungai Kajang, BP (23-24 Sept 2023)
Setelah sekian lama tiada update di bearscouts81, kini kita update untuk program terkini. Seramai 13 ahli PKK Bearscouts81 telah menyertai pekbori yang dijalankan. Keadaan memang sangat berbeza apabila PKK tahun 4 (pemegang keris gangsa) diberi peluang pengalaman berkhemah. Lama ahli PKK dikuarantin dari aktiviti luar dan kini kami dah bebas.
Jom jenguk suasana perkhemahan pertama setelah sekian lama tidak beraktiviti.
|
Antara ahli PKK perempuan bersama ibu bapa dan guru. |
|
Waktu taklimat, pembahagian sekawan dan lantikan jawatan bagi sekawan. |
|
Tersengih tu menandakan keterujaan untuk beraktiviti. |
Selepas taklimat dan pembahagian sekawan, anak-anak bearscouts81 pun bergerak melakukan aktiviti stesen. Antara aktiviti yang mereka perlu lengkapkan untuk sessi pagi adalah simpulan dan ikatan ( buku sila ), isyarat sulit pengakap, dan uniform pengakap.
|
Stesen buku sila ( anak bearscouts81 perempuan ) |
|
Ni gambar sekawan kuning 3 (bearscouts81) |
|
Nampak keterujaan bila dapat buat buku sila...yang hujung tu bingung...hehe |
|
Stesen isyarat sulit
|
|
Stesen uniform. Hebat si Amal, dapat susun lencana pada uniform dengan betul. |
Tamat aktiviti stesen waktu pagi, semua diberi rehat dan waktu makan tengahari di kantin. Jom intai diorang tengah makan. Mereka makan mengikut sekawan masing-masing.
|
Sedapnya makan... |
|
Ni dah gaya ngeteh dah ni... |
Lepas solat dan makan, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti stesen seterusnya. Antara yang berjalan pada waktu petang adalah stesen memanjat tali, lencana penghibur, dan mendirikan khemah.
|
Kepenatan selepas mendirikan 3 buah khemah. |
|
Ni ahli bearscouts81 di khemah kedua. |
|
Stesen aktiviti lencana kraftangan (buat trompet dari daun kelapa) |
|
Stesen lencana penghibur, lain macam dia punya seronok.
Berakhir aktiviti waktu siang. Anak PKK semua diberi masa mengurus diri untuk persiapan makan malam, mandi, solat dan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ni mereka mempersembahkan apa yang mereka belajar pada lencana penghibur. Jom tinjau... |
|
Persembahan malam kebudayaan bearscouts81
|
Hari kedua ada laung agung dan persiapan untuk balik. Seronok bila dengar cerita pengalaman mereka semasa berkhemah. InshaAllah bearscouts81 akan ada program-program dalaman untuk meningkatkan kemahiran kepengakapan mereka. Tahniah kepada semua anak-anak Bearscouts81 kerana berjaya menempuhi ujian lencana keris gangsa dengan baik. Tahniah ibu ayah anak PKK Bearscouts81 atas sokongan yang padu dan tak lupa juga jasa pemimpin-pemimpin yang banyak berkorban masa dan wang bagi melancarkan perjalanan anak-anak PKK ini. Anda semua HEBAT!!!
|
Gambaran posisi Messenger of Peace |
|
Gambaran bersama perasmi Tn Hj Abu Khan |
|
Kenangan yang tak terlupakan. |
|
Gembira bercampur baur dengan kepenatan.
Jumpa lagi di program seterusnya. Bearscouts81 forever!!!! |