Memanjat tali merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada dalam pengakap. Jika dilihat dalam skim PKK (Pengakap Kanak-Kanak), memanjat tali merupakan satu syarat untuk murid mendapatkan lencana keris gangsa iaitu "memanjat tali dengan ketinggian tidak lebih 3 meter". Jadi untuk perkongsian ilmu kali ini, kami bawakan teknik mudah memanjat tali semoga bermanfaat untuk ahli PKK yang lain.
Penjelasan yang diberikan amat mudah dan senang difahami. Cuma pemimpin atau penolong pemimpin perlu mulakan secara berperingkat. Sekiranya PKK sudah biasa memanjat, bolehlah terus ke teknik ini. Tetapi sekiranya PKK masih baru dan belum berpengalaman, mulakan dengan teknik melilit tali pada kaki dalam situasi duduk di atas kerusi. Biasakan dengan latihan melilit tali terlebih dahulu dan kemudian barulah ajar mereka grip tali tersebut.
Langkah seterusnya, pemimpin atau penolong pemimpin boleh membantu PKK untuk membelitkan tali pada kakinya dengan menggerakkan kaki PKK tersebut. Ulangi latihan sehingga ahli PKK anda berjaya memanjat dengan sendirinya. Selamat mencuba!!