Sabtu, 8 Julai 2017

LENCANA RASMI KONTINJEN BATU PAHAT KE SISF 2017

Menjelang program Southern International Scout Fiesta (SISF) yang bakal berlangsung di Pontian, Kontinjen Pengakap Batu Pahat telah bersiap sedia dari segala aspek dan berusaha keras memastikan program tersebut dapat dijalankan dengan baik. Kerjasama kontinjen sebagai peserta amat penting untuk memastikan segala keperluan pihak pengajur dapat dipenuhi dengan tepat. Salah satu keperluan program yang harus dipenuhi kontinjen sebelum menyertai program adalah "LENCANA KONTINJEN". Lencana ini perlu untuk beberapa tujuan tertentu seperti pengenalan kontinjen, imej kontinjen dan digunakan juga untuk "swap/trade" bagi memenuhi koleksi lencana peribadi ahli pengakap. Lantaran daripada itu, disenaraikan beberapa lencana yang sudah di paparkan ke umum sekaligus mempamerkan lencana Kontinjen Batu Pahat yang rasmi. 

P/s: Visual hanya memaparkan sebahagian lencana yang telah dipaparkan untuk umum dan masih ada lagi lencana-lencana dari kontinjen lain yang belum Admin ketahui. Nantikan lencana-lencana lain di SISF 2017. 



INFO LENCANA BATU PAHAT

Logo SISF:
Penyertaan dalam program SISF 2017

Tukul dan Pahat:
Identiti dan lambang Daerah Batu Pahat

Logo PPM:
Ahli Persekutuan Pengakap Malaysia

Warna:
Merah, Hitam dan Putih - Bendera Batu Pahat

Kualiti Lencana:
100% sulam (embroidery)

Jumlah Penghasilan:
2600 pcs