Jumaat, 23 Jun 2017

TRADISI SWAP DI KALANGAN PENGAKAP

Situasi di World Jamboree untuk swap/trade badges

Lencana merupakan satu koleksi mudah dijadikan hobi ahli pengakap. Ahli pengakap akan mengumpulkan pelbagai lencana (badges) berkaitan aktiviti pengakap. Koleksi boleh dimulakan seawal sesorang itu menjadi ahli pengakap. Mengumpul lencana bagi setiap aktiviti yang disertai merupakan satu nostalgia yang tidak mudah dilupakan. 

Selain itu, pengakap juga akan mengumpulkan lencana-lencana dari pelbagai daerah mahupun negeri yang berbeza sewaktu didalam sesuatu program. Aktivti bertukar lencana (swapping) merupakan tradisi pengakap bertukar lencana sesama ahli pengakap lain bagi memenuhi koleksi peribadi. Terdapat beberapa cara dan kaedah mahupun barang yang boleh di "swap" contohnya, lencana, skarf, dan pelbagai peralatan pengakap. 


Terdapat beberapa teknik swapping yang biasa digunakan untuk ahli pengakap yang tegar mengumpul barang-barang pengakap salah satunya adalah "face to face swapping". Ketika berjumpa dengan ahli pengakap yang lain, kita memohon untuk bertukar barangan pengakap yang kita mahukan daripada pengakap tersebut dengan keizinan dan mereka akan meminta barangan balik sebagai gantian setimpal dengan barangan yang kita mahukan itu. Persetujuan dicapai apabila kedua-dua belah pihak menyetujui dan berjabat tangan tanda setuju.

Pertukaran lencana/badges dipersetujui

Cara seterusnya adalah dengan menggunakan perantara media sosial yang dewasa ini kerap digunakan. Kadang-kala kita mahu bertukar barangan dengan pengakap luar negara yang jauh ataupun kenalan baru kita sewaktu JOTA JOTI. Maka swapping di media sosial juga digunakan untuk mendapatkan barangan tersebut. Gambaran dan kualiti bahan yang ingin di tukar ganti haruslah dinyatakan dan diperlihatkan. Kemudian akan dinilai dan sekiranya dipersetujui, barangan tersebut akan di pos kepada penerima.

Selain itu, ada juga yang mempamerkan koleksi mereka untuk di swap oleh mana-mana ahli pengakap lain bagi mendapatkan koleksi baru untuk mereka. Begitulah serba sedikit mengenai swapping yang menjadi tradisi ahli pengakap samada di dalam negara mahupun diluar. Bagi pengakap, jual beli merupakan sesuatu yang kurang sopan kerana pengakap bukan pertubuhan yang mementingkan kekayaan tetapi persahabatan dan percambahan ilmu.

Contoh swap beg dikalangan pengakap