Sabtu, 24 Jun 2017

TRADISI SWAP DI KALANGAN PENGAKAP 2

Kali ini kita akan bercerita lebih dalam sikit mengenai "swapping" atau "trading" lencana (badge / patch) dikalangan pengakap. Beberapa informasi yang perlu diketahui sebelum kita melakukan trading/swapping. Yang pertama adalah jenis lencana yang ingin kita kumpul dan fokus pada sesuatu yang kita mahukan. Kita juga tidak perlu tergesa-gesa swap mahupun trade lencana kita kerana berkemungkinan kita akan berjumpa peluang yang lebih baik.




Peraturan:


Trade/swap haruslah dilakukan secara berhemah dan tidak menindas orang lain. Pertukaran lencana diantara ahli pengakap dengan pemimpin telah diwujudkan dan digunakan di luar negara. Pertukaran antara pemimpin dan ahli pengakap tidak digalakkan kerana ia bakal mengundang situasi terpaksa di pihak ahli pengakap. Justeru itu, peraturan tidak membenarkan pertukan lencana antara pemimpin dan ahli pengakap telah dikuatkuasakan. Pemimpin dibenarkan bertukar lencana sesama pemimpin manakala ahli pengakap hanya boleh bertukar lencana dengan ahli pengakap sahaja. Bagaimanapun, pada tahun 2013, peraturan itu dipinda dan dibolehkan pemimpin bertukar lencana dengan ahli pengakap tetapi haruslah dibawah pengawasan petugas yang bertanggungjawab di kawasan pertukaran lencana.




Lencana yang tidak digalakkan untuk swap / trade:


Lencana yang tidak digalakkan untuk swap / trade adalah lencana CSP (Council Shoulder Patch) seperti PEMIMPIN, PENGERUSI KUMPULAN, PESURUHJAYA DAERAH, JURULATIH dsb. Selain daripada itu, bebas untuk di swap/trade.


Kualiti dan nilai lencana

Adalah digalakkan untuk menilai kualiti dan nilai sesuatu lencana sebelum membuat swap/trade. Terdapat beberapa kualiti lencana di Malaysia yang mempunyai niali yang tersendiri. Antaranya;

1) Sulaman Penuh + Merrowed edge border (Very High Quality and Value) kerana pembuatannya mahal dan sukar.


2) Sulaman Penuh + Cutting edge border (High Quality and Value) kerana pembuatannya mahal dan sukar.

3) Sulaman di bahagian tertentu sahaja + Morrowed edge border (Fine Quality and Good for trade) kerana pembuatannya kurang sukar dan tidak berapa mahal.

4) Sulaman di bahagian tertentu  +  Cutting edge border (Quality and Good for trade) kerana pembuatannya kurang sukar dan tidak berapa mahal.

5) Woven + Morrowed edge border (Standard Quality) kerana woven tidak mempunyai tekstur seperti embroidery (sulaman). Lencana rata dan kelihatan seperti printing (cetakan). Tapi masih berbaloi untuk swap/trade.

Woven Quality + Morrowed edge.


6) Woven + Cutting Morrowed edge border (Standard Quality) kerana woven tidak mempunyai tekstur seperti embroidery (sulaman). Lencana rata dan kelihatan seperti printing (cetakan). Tapi masih berbaloi untuk swap/trade.

7) Cetakan (Printing/Heat press) + Morrowed edge broder ( Low Quality and Value) kerana prosesnya sangat ringkas dan kos penghasilan juga murah.

Contoh Cetakan/ Heat Press

8) Cetakan (Printing/Heat press) + Cutting edge broder ( Low Quality and Value) kerana prosesnya sangat ringkas dan kos penghasilan juga murah.



Begitulah hierarchy nilai dan kualiti bagi sesebuah lencana pada asasnya. Sekiranya lencana yang ingin di swap/trade tidak setimpal, berbincanglah untuk menjayakan swap/trade itu samada dengan menyediakan dua (2) lencana cetakan untuk mendapatkan satu (1) lencana Sulaman mahupun woven. Seperti biasa, cara swap/trade terbaik adalah yang sama kualiti dan nilai iaitu "one to one" badges.


Lencana Set

Sesetengah kawasan akan ada yang menyediakan set lencana dan sekiranya hendak di swap/trade haruslah sama nilai. Jika ada tujuh (7) lencana sulam dalam satu set, haruslah di swap/trade dengan jumlah yang sama dan nilai yang sama. Pengakap harus pulang dengan empat (4) lencana sekiranya pada awal tadi dia membawa empat lencana untuk di swap/trade.


Jual Beli

Jual beli lencana adalah dilarang di kawasan swap/trade. Seharusnya pada masa itu tidak kelihatan sebarang tertukaran duit berlaku. Ahli pengakap seharusnya mempunyai bekal lebih lencana kontinjen / persendirian sebelum membuat swap/trade bagi mengelakkan jual beli lencana dari pengakap lain.

Di bawah disediakan beberapa video sebagai penjelasan lebih terperinci.