Sabtu, 10 Jun 2017

PENYAMPAIAN SIJIL JOTA MALAYSIA KE-6 DI SK TENAGA SETIA


11 JUN 2017 - Perhimpunan mingguan SK Tenaga Setia dimeriahkan dengan penyerahan sijil penyertaan kepada ahli pengakap yang menyertai Jambori Di Udara (JOTA) Malaysia ke-6 pada 20 Mei lalu di SK Seri Tanjong, Batu Pahat. Sijil diserahkan oleh Guru Besar SK Tenaga Setia (En Ali bin Sarmin) diiringi GPK Ko-Kurikulum (En Malek bin Kasdi).

   Dengan penyerahan sijil ini, dapatlah menyemarakkan lagi semangat ahli pengakap lain untuk terus menyertai dan melibatkan diri dalam program-program yang akan datang. Guru besar juga turut memberi kata semangat dalam ucapannya dan mengharapkan pengakap bukan sahaja hebat pada ko-akademik, tapi hebat juga dalam akademiknya.
-Gambar oleh En Abd Razak bin Ahmad.