Isnin, 12 Jun 2017

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SISF (PONTIAN) KONTINJEN BP

12 Jun 2017, SK BUKIT SOGA - Satu mesyuarat penyelarasan telah berlangsung dengan kehadiran pemimpin pengakap bagi setiap sekolah yang berminat menyertai program Southern International Scout Fiesta di bilik mesyuarat SK Bukit Soga. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat sendiri iaitu En Rahmad bin Rahman. Mesyuarat melibatkan pemimpin lebih 35 buah sekolah yang ini berjalan dengan lancar. Antara intipati mesyuarat antaranya menjelaskan tentang yuran penyertaan dan syarat penyertaan pertandingan yang dipertandingkan pada program itu nanti. Hasil daripada perbincangan dan mendapat kata putus dalam mesyuarat adalah seperti butiran dibawah;


PENGURUSAN KONTINGEN

Ketua Kontinjen : En Rahmad bin Rahman (Pesuruhjaya Batu Pahat)
Penolong Ketua Kontinjen : En Norazmi (ADC PKK)
Setiausaha Kontinjen : En Khairul Anam Tumian (SK Seri Tanjong) 
Bendahari : En Shahidan (ADC Yong Peng)
Pendaftaran : En Mohammad Aizat (SK Tenaga Setia)
Penyelaras Aktiviti dan Pertandingan : En Asnadi (SK Seri Bertam)

Yuran Penyertaan : RM45
Kit Program : Kad aktiviti, Beg, Lencana SISF, Skarf SISF, Sijil SISF + Lencana Kontingen BP (4 pcs)
Pengangkutan : Diuruskan oleh sekolah peserta telibat (sendiri)
Makanan : Diuruskan oleh peserta terlibat (sendiri)


PENYERTAAN PERTANDINGAN

Pertandingan Bercerita (SKTIP)
Papan Ikatan (SMK Senggarang)
Pameran Skarf (SMK Seri Medan)
Dekorasi Kek (SMK Dato Onn)

* satu group telegram diwujudkan untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini bagi program SISF. Semua berkaitan SISF boleh dirujuk melalui group telegram tersebut.

Perkara lain yang turut dibincangkan adalah program iftar yang bakal dilaksanakan oleh Pasukan Kelana Seri Medan dan Kelana Parit Raja di SK Bukit Soga pada 17 Jun 2017. Sumbangan dalam bentuk beras, ayam, sayuran dan bekas plastik bubur lambuk amatlah dihargai. Sesiapa yang berminat menyumbang bahan mentah tersebut boleh menghubungi En Asik (SMK Seri Medan). Semua pengakap dijemput untuk memeriahkan program iftar tersebut. Program akan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam. Untuk iftar, konsep "potluck" digunakan bagi memeriahkan majlis. Mesyuarat sampai ke kemuncak dan tamat jam 4.40 minit petang.