Rabu, 4 Oktober 2023

PROGRAM ROBOTIK PKK BATU PAHAT

 MakerSpace@UTHM, BP (03 Oktober 2023)

Pada selasa lepas 3hb Oktober 2023, PKK81 (Bearscouts81) Batu Pahat SK Tenaga Setia telah mengikuti bengkel robotik anjuran PPM Daerah Batu Pahat di MakerSpace@UTHM.

Isnin, 25 September 2023

JOTAJOTI 2023 ANTARABANGSA MENJENGAH

 Persiapan world JOTAJOTI2023 sedang dipersiapkan bagi anak-anak PKK Bearscouts81 untuk menimba pengalaman berkomunikasi dan berhubung dengan pengakap di serata pelusuk dunia. Berhubung dan bertukar idea serta pendapat dengan pengakap luar sewaktu jotajoti sangatlah menyeronokkan. Maka bearscouts81 akan buat persiapan awal untuk aktiviti itu. Pengakap satu dunia akan berada di udara dan di internet pada waktu tu. Jom bearscouts81 kita bersedia awal.



PEKBORI PKK LENCANA KERIS GANGSA

 SK Sungai Kajang, BP (23-24 Sept 2023)

Setelah sekian lama tiada update di bearscouts81, kini kita update untuk program terkini. Seramai 13 ahli PKK Bearscouts81 telah menyertai pekbori yang dijalankan. Keadaan memang sangat berbeza apabila PKK tahun 4 (pemegang keris gangsa) diberi peluang pengalaman berkhemah. Lama ahli PKK dikuarantin dari aktiviti luar dan kini kami dah bebas.

Jom jenguk suasana perkhemahan pertama setelah sekian lama tidak beraktiviti.