Rabu, 19 Julai 2017

SK FELDA ULU TEBRAU SASAR BANYAK KEJAYAAN MELALUI KEBITARAAN PENGAKAP


Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Ulu Tebrau mempunyai satu pasukan Guru Pemimpin Pengakap yang sangat aktif. Ini terbukti berikutan dua guru pemimpin pengakap, Siti Hajar Kamsani dan Mohamad Mahathir Baharuddin merupakan pemegang Manikayu.


Mereka juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Gudang dan ini membolehkan mereka melibatkan murid secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan peringkat daerah Pasir Gudang.

“Saya berharap murid yang menyertai pengakap dapat membentuk sahsiah dan perilaku yang baik, jadi pemimpin berwibawa, berketerampilan dan berkemahiran serta berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang,” kata Idris.

Selanjutnya boleh melayari:
http://www.pengakapmalaysia.org/utama/?p=6507