Rabu, 14 Jun 2017

AKTIVITI PERSEDIAAN KERIS GANGSA DAN LENCANA KRAFTANGAN


16 JUN 2017 - Aktiviti kokurikulum mingguan diteruskan dengan skim pengakap kanak-kanak iaitu lencana keris gangsa dan lencana kraftangan. Persediaan pengakap haruslah mantap menjelang ujian lencana perak yang akan berlangsung pada awal bulan Julai nanti. Aktiviti hari ini dibahagikan kepada dua bahagian. En Abd Razak dan En Md Zin menguruskan lencana kraftangan manakala En Aizat menguruskan lencana keris gangsa. Pendedahan pengakap kepada origami adalah sesuatu yang menarik dan sangat berkesan. Semoga pengakap SKTS (bearscouts81) akan terus bergembira dalam menimba ilmu pengakap.