Telah dirangka dan disusun yang mana program Jota haruslah mengikut spesifikasi supaya memenuhi objektif program itu sendiri. Bukan sahaja radio amatur, pengakap juga didedahkan dengan suruhanjaya telekomunikasi Malaysia (MCMC), semaphore signal, fonatik huruf antarabangsa, dan tatacara berbual di jaluran JASRA mahupun MARTS.
JOTA Batu Pahat yang bertempat di SK Seri Tanjong ini menyediakan lebih 10 stesen untuk dilawati oleh peserta pengakap berdaftar seramai lebih kurang 300 orang. Pengakap dibahagikan kepada kumpulan sekawan (pkk) dan petrol (pm/pr) sebelum program dimulakan. Hadiah sijil pencapaian 'Anugerah Emas' diberikan kepada sekawan atau petrol yang melengkapkan kesemua stesen dengan masa terpantas. Terdapat juga cenderamata dan sijil bagi stesen "Hello Jota". Di bawah ini adalah sekilas pandang suasana JOTA KEBANGSAAN 2017 di stesen 9W2LBY ( SK Seri Tanjong, BP)...
Cenderahati untuk tetamu VIP dan NGO yang terlibat |
Ahli Pengakap yang mengambil bahagian sibuk dengan program untuk melengkapkan buku JOTA |
Stesen Semaphore Signal. Murid memberi signal dan membaca signal. Diuruskan oleh SK Bertam |
Stesen pengenalan fonatik huruf dari pengakap SK Bertam. Khusyuk sangat tue.... |
Bravo Dua, Bravo Dua, Disini Echo Satu....Panggilan, over |
Fuhhh.... bergaya sungguh adik ni. Hebat kan? Lancar je guna Handy Talkie. |
Kereta Perisai JASRA.... Wow, Dilengkapi radio satelit dan pengulang gelombang radio sendiri...
NGO Jalur Selatan! Salute~ |
Freestyle sikit!!! bergambar dengan banner
JOTA 2017
Jumpa lagi pada
post seterusnya~
"Buat Sehabis
Baik "
PKK 81